Lama tak update blog ni,bukan tak de cerita cuma masa tak mengizinkan..banyak benda nak di buat dan lebih nya kalau ada masa pun, hujung minggu,itu pun kena ikut papi ke out station..walau macam mana pun nak share juga pada semua..cerita2 yang baik ni..Majlis pernikahan dan persandingan pihak perempuan bagi anak lelaki saya Riza..
Mengikut Adat resam........
Biasa lah adat kita ,kalau anak lelaki kita dah suka dengan anak dara orang.. banyak adat2 yang kena kita ikut..dari merisik,meminang,pernikahan dan persandingan..beza nya mengurus perkahwinan anak lelaki dan perempuan ia lah,kalau lelaki ini banyak kita menghantar..lebih kurang empat kali rombongan lelaki ke Pandamaran Jaya Klang ..dari perbincangan awal hingga lah ke majlis persandingan.. complete lah juga kalau nak diikutkan adat2 melayu.. memang banyak kenangan lah, untuk di cerita kan, pada anak cucu mereka kelak ..
Finally my son....
Hujung bulan Disember.. 25hb.bersamaan 8Muharam (jumaat)..telah saya pilih untuk hari pernikahan anak saya Riza Ismail..ia telah di adakan di masjid Ar-rahman Pandamaran Jaya Klang..selepas solat Jumaat...saya tahu Riza akan rasa gementar, lebih2 lagi saat nak melafaz kan akad nikah..sebagai seorang ibu saya tak putus2 mendoakan supaya Allah permudahkan segala urusan anak saya.. saat dan ketika itu..mungkin ramai yang sudah melalui saat2 cemas ini..tapi kalau hati dah suka dan pilihan hati sendiri..lautan api pun sanggup di lalui..begitu lah perpatah peribahasa melayu yang selalu kita dengar..dengan sekali lafaz dan jelas, sah Rozainah menjadi isteri kepada anak saya Riza Ismail..Alhamdullilah..syukur kehadrat ALLAH SUBAHANAWATAALLAH..yang telah permudahkan segala urusan kami hari itu..
Majlis persandingan..
Pada 27hb.Dis.Majlis persandingan pihak perempuan telah di adakan..walaupun semua ahli keluarga agak kepenatan,kerana mereka semua terlibat menguruskan tiga majlis dalam masa tiga hari..kerana sepupu saya pun telah melansung kan majlis perkahwinan pada 26hb.ia itu hari sabtu..bila majlis di adakan pada bulan Dis..risiko nya ia lah hujan..terutama nya yang dibuat di kawasan perumahan..oleh kerana kami dah dapat agak hujan akan turun sebelah petang nya, so kami cuba mempercepat kan majlis persandingan itu selesai..memang betul jangkaan kami,dalam pukul 4-5 petang hujan pun turun..
Mentua vs menantu..
Ha ha ha..ramai yang rasa tertekan bila kita sebagai menantu nak jumpa dengan mak mentua..melalui pengalaman saya sebagai menantu dan mentua..bisan atau ipar duai..satu saja prinsip yang saya pratik kan ia itu be yourself..buat sesuatu dengan ikhlas dan menghormati orang tua..tak kira lah emak sendiri atau mak mentua..dan kita akan merasai nikmat nya.. dan berfikiran positif, baik sangka pada semua..selagi kita tak menyatukan dua keluarga jadi satu..selagi itu lah kita tak akan dapat hikmah nya, yang ALLAh nak kurnia kan pada kita di dalam sesebuah perkahwinan itu..bagi saya semua manusia di jadi kan sama saja..ada kekurangan dan kelebihan nya sendiri.. saya selalu berdoa untuk anak2,menantu dan cucu..supaya hidup dalam iman dan taat dengan perintah ALLAH..dan bersyukur dengan apa saja yang di kurniakan pada kita..semoga saya dan papi dapat menjadi mentua yang di kasihi oleh menantu2 kami kelak Amin..
Terima kasih pada semua...
Nak ucapkan ribuan terima kasih pada semua ahli keluarga yang telah meluangkan masa,tenaga dan perbelanjaan sendiri ..berulang alik ke Klang hingga majlis pihak perempuan selesai..dengan doa semua juga semoga perkahwinan mereka di berkati oleh ALLAH..sekalung tahniah pada Pak long yang telah dari awal mengetuai setiap perbincangan keluarga..hingga majlis ini berjalan dengan lancar..dan tak lupa juga pada uncle Taha yang susah payah menjadi photograher..walau penat macam mana sekali pun,hasil kerja nya akan sampai pada kita semua by the next day..yang sponsor kueh,cake dan lain2..terima kasih..jasa baik semua akan kami hargai sekeluarga..
Wednesday, January 6, 2010
Subscribe to:
Posts (Atom)